

INFORMASI
"Kami menyediakan pelbagai jenis cucian fabrik & perkhidmatan. Kepakaran yang kami ada dapat membantu menyelesaikan masalah anda sekiranya pakaian berkedut, terkena minyak, karat, pewarna, berbau dan kotoran degil. Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi, hantarkan kepada kami, biar kami bantu selesaikan semua kerunsingan anda. Kepuasan anda, keutamaan kami..."
DRY CLEANING
Cucian jenis ini sememangnya agak sukar sekiranya anda kurang berkemahiran berurusan dalam mencuci pakaian yang berlabuci, renda (fringes), manik, sulaman terutamanya pakaian wanita seperti kebaya dan baju pengantin. Kaedah cucian mestilah teliti dan menyeluruh agar tidak merosakkan fabrik kain dan corak hiasan pada permukaan pakaian. Kami punyai kepakaran dalam mencuci bahagian ini! :)
KOTORAN DEGIL
Berhadapan dengan pakaian atau fabrik yang terkena kotoran degil sebenarnya memang merunsingkan. Pelbagai cara telah digunakan, tapi kotoran tetap tidak mahu hilang? Jika mahu hilangkannya, memerlukan teknik khas. Berita baik untuk anda, kami punyai kepakaran dalam menghilangkan kotoran degil pada pelbagai jenis fabrik dengan pantas. Biar kami selesaikan masalah anda!
STEAMING IRON (MENGGOSOK)
Menggsosok pakaian memang mudah, namun anda perlu meluangkan sedikit masa untuk menggosok sehelai demi helai. Sudah pasti makan masa yang banyak betulkan? Bagaimana jika kami dapat bantu menjimatkan masa anda dan biarkan anda meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Berminat? :)
KOYAK DAN JAHITAN
Risau melihat pakaian atau kain anda koyak? Tidak cekap atau tidak tahu menjahit? Bagaimana jika kami bantu anda jahit kembali kain anda yang terkoyak dan jadikannya kembali istimewa bagi anda? Sudah pasti dapat kembalikan senyuman anda semula :)
HARUMAN WANGIAN
Inilah keistimewaan kami yang tidak ada pada yang lain. Haruman kami teristimewa dan hanya diperoleh di Kedai Dobi FME. Setiap cucian bersih, akan disapu dengan wangian yang sangat menyegarkan dan membuatkan anda selesai memakainya. Rasaikan kelembutan dan haruman yang tersendiri. Keharuman adalah milik semua...
CUCIAN & PENGERINGAN
Membasuh pakaian merupakan satu kemestian dalam menguruskan diri dan keluarga. Jika tinggal seorang tidak mengapa lagi, tapi jika ramai? Sudah pasti tidak menang tangan menguruskan semuanya. Kemudian pula perlu menjemur mengeringkan pakaian. Tiba pula musim hujan bagaimana agaknya pakaian yang dijemur, adakah cukup kering? Jadi, izinkan kamu bantu ringankan beban anda mencuci dan mengeringkan pakaian boleh?
LIPATAN & BALUTAN
Kini anda tidak perlu bersusah payah melipat pakaian yang banyak. Biar kami bantu ringankan beban anda. Setiap pakaian yang ingin dicuci dihantar, kami akan menguruskan untuk anda dari A hingga Z. Kami akan cuci dengan bersih, keringkan, lipatkan, balutan kemas dan kembalikan semula kepada anda. Mudahkan? :)